Makluman

Hari Keluarga ke 3 PBKIM pada 01.07.2011
hingga 03.07.2011 di PERDANA RESORT,
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan Darul Naim

Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga telah memutuskan untuk mengadakan Hari Keluarga yang ke 3 PBKIM pada hari tersebut diatas.

2. Sehubungan itu semua ahli-ahli dan keluarga adalah dijemput untuk menyertai program ini bagi tujuan mengeratkan lagi perhubungan dan silaturahim sesama ahli-ahli. Bayaran untuk 2 orang [satu chalet] ialah sebanyak RM350.00 termasuk makan/minum bagi tempoh Hari Keluarga tersebut. Bayaran makan/minum RM50.00 dikenakan bagi tiap-tiap kanak-kanak yang menyertai keluarga mereka.

3. Untuk pengesahan tempahan/penyertaan sila buat bayaran pendahuluan sebanyak RM200.00 melalui Bank Islam Akaun No.07016010057562 dan kemukakan salinan slip bank beserta borang penyertaan ke pejabat ini.

4. Sila hubungi En. Sultan Mydin ditalian 016-4196098 untuk keterangan lanjut.

0 comments:

Post a Comment