SELAMAT DATANG/ SALAM HORMAT
Ini adalah laman blog rasmi PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN IMIGRESEN (PBKIM). Persatuan akan memaparkan berita terkini berkaitan aktiviti semasa.
Sudahkah anda menjadi ahli PBKIM ? Untuk makluman Persatuan telah melebarkan sayapnya ke Sarawak pada 10 Jan 2009 yang lalu dan di Sabah pada 12 Jan 2009. Ramai yang telah berjumpa dengan wakil kita dan sedang memohon untuk menjadi ahli. Bagi memudahkan urusan Persatuan telah membuka Pejabat urusannya di Sarawak dan di Sabah, sila hubungi wakil yang dilantik untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi Ibu Pejabat di Seberang Jaya.
Bagi mereka yang berada di Johor, dikatakan ramai yang berminat nak jadi ahli tapi tak tahu nak buat macam mana !! Jangan risau... mudah aja.... jumpa wakil yang berada di Johor tu dan daftarlah dengannya. Dah jadi ahli ..... baru tahu ada banyak faedahnya ......
Tunggu apa lagi ? Jom kita jadi ahli .......

0 comments:
Post a Comment