Assalamulaikum, Terima kasih saya ucapkan kerana memberikan saya ruang untuk memberikan kata-kata Aluan Presiden di blog yang baru diwujudkan ini, dan salam hormat dan selamat tahun baru 2009 kepada kepada semua ahli PBKIM selaku pengunjung kepada blog ini.
Selaku presiden, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kerana telah diberi kepercayaan untuk mengetuai persatuan ini. Dengan adanya barisan Exco yang aktif, saya berharap dapat sama-sama bergading bahu bagi mengerakkan Persatuan ke tahap cemerlang.
Oleh itu saya berharap dengan kerjasama dan pandangan ini dapatlah kita bersama-sama menjayakan persatuan ini bagi seganding duduknya dengan Persatuan lain yang telah mantap dan kukuh.
Bagi mereka yang masih belum menyertai persatuan ini marilah bersama-sama menyertainya dengan menghubungi kami untuk menjadi ahli.
Saya juga mengharapkan saudara/saudari dapat memanafaatkan blog yang ada ini dengan memberikan input-input yang bernas untuk kebaikkan dan faedah kita bersama.
Persatuan Bekas Kakitangan Imigresen Malaysia atau ringkasannya PBKIM telah dengan rasminya didaftarkan sebagai suatu pertubuhan dibawah seksyen 7 akta pertubuhan 1966 dan no pendaftarannya ialah 0315-07-PPG bertarikh 9 Februari 2007. Penyampaian sijil pendaftaran pertubuhan telah diadakan di Jerejak Resort,Pulau Jerejak,Pulau Pinang pada 7 April 2007.
Pengasas/Presiden pertama PBKIM ialah saudara ABDULLAH yang telah menubuhkan persatuan ini supaya ianya menjadi sebagai satu platform bagi persara-persara dan bekas kakitangan jabatan Imigresen Malaysia.
Jika anda seorang persara imigresen atau bekas kakitangan imigresen Malaysia, berdaftarlah sebagai ahli PBKIM.
Jenis Ahli: i) Ahli Biasa ii) Ahli Seumur Hidup iii) Ahli Bersekutu iv) Ahli Kehormat
Bayaran Masuk, Yuran Dan Bayaran Lain:
Bayaran Masuk RM 10.00 Ahli Seumur Hidup RM 100.00 (sekali sahaja) Ahli Bersekutu RM 50.00 (sekali sahaja) Ahli Kehormat Sumbangan Buku Undang-Undang Tubuh RM 10.00
URUSNIAGA
Persatuan telah menubuhkan KOPERASI BEKAS IMIGRESEN MALAYSIA PULAU PINANG BERHAD atau nama ringkasnya KOBIMA pada 29 Julai 2008. Tujuan koperasi ditubuhkan adalah untuk membantu ekonomi dikalanggan anggotanya yang terdiri dari ahli-ahli PBKIM.
Pengurusi: ABDULLAH HJ. ISMAIL
Setiausaha: HJ. HUSSAIN BIN YOB
Koperasi PBKIM
Logo KOBIMA
Kad keahlian
Sudahkah saudara menerima kad keahlian persatuan? Sila hubungi Setiausaha PBKIM dengan memberi alamat saudara kepada beliau sekiranya masih belum menerima Kad tersebut.
Pendaftaran Ahli dari Sarawak dan Sabah
Satu perjumpaan serta taklimat dengan pesara/bekas kakitangan imigresen dari Sarawak / Sabah telah diadakan:
Sarawak pada 10 Jan. 2009 (Sabtu) @ 09.30 pagi; Pengasas -Saudara Kho Chiong Pun Sabah pada 12 Jan. 2009 (Isnin) @ 09.30 pagi. Pengasas - Saudara Abdul Rashid bin Abdul Rahman
Bagi Sarawak Pejabat urusan PBKIM adalah di:- Lot 436, 2nd Floor, Lorong 3A, Jalan Rubber, 93400 Kuching, Sarawak. Fax: 082-426867
Bagi Sabah Pejabat urusan PBKIM adalah di:- Unit B2-05, Blok B, 2nd Floor, Warisan Square 88000 Kota Kinabalu, Sabah. Fax: 088-268717
0 comments:
Post a Comment