Makluman
hingga 03.07.2011 di PERDANA RESORT,
Pantai Cahaya Bulan, Kelantan Darul Naim
Ahli Jawatankuasa Hari Keluarga telah memutuskan untuk mengadakan Hari Keluarga yang ke 3 PBKIM pada hari tersebut diatas.
2. Sehubungan itu semua ahli-ahli dan keluarga adalah dijemput untuk menyertai program ini bagi tujuan mengeratkan lagi perhubungan dan silaturahim sesama ahli-ahli. Bayaran untuk 2 orang [satu chalet] ialah sebanyak RM350.00 termasuk makan/minum bagi tempoh Hari Keluarga tersebut. Bayaran makan/minum RM50.00 dikenakan bagi tiap-tiap kanak-kanak yang menyertai keluarga mereka.
3. Untuk pengesahan tempahan/penyertaan sila buat bayaran pendahuluan sebanyak RM200.00 melalui Bank Islam Akaun No.07016010057562 dan kemukakan salinan slip bank beserta borang penyertaan ke pejabat ini.
4. Sila hubungi En. Sultan Mydin ditalian 016-4196098 untuk keterangan lanjut.
HARI KELUARGA KE 3 PBKIM TAHUN 2011
PBKIM SABAH
Taklimat Khas Kementerian Dalam Negeri
BERITA TERKINI .... Feb. 2011 !
Kepada semua ahli PBKIM dan bukan ahli, bekas kakitangan Imigresen Malaysia, satu taklimat khas akan disampaikan oleh pegawai-pegawai KDN pada Sabtu 19.02.2011 jam 09.30 pagi di FRIM, Kepong Selangor sempena AGM PBKIM Tahun 2011.
Semua dijemput hadir dan memohon memberi maklum kepada member-member yang dapat dihubongi untuk bersama mendengar taklimat tersebut.
Jika perlu keterangan lanjut, call Presiden H/P 012-2733579.
MESYUARAT AJK PBKIM 2011
Kuala Lumpur
Majlis Perasmian Persatuan
Blog Rasmi PBKIM
SELAMAT DATANG/ SALAM HORMAT
Ini adalah laman blog rasmi PERSATUAN BEKAS KAKITANGAN IMIGRESEN (PBKIM). Persatuan akan memaparkan berita terkini berkaitan aktiviti semasa.
Sudahkah anda menjadi ahli PBKIM ? Untuk makluman Persatuan telah melebarkan sayapnya ke Sarawak pada 10 Jan 2009 yang lalu dan di Sabah pada 12 Jan 2009. Ramai yang telah berjumpa dengan wakil kita dan sedang memohon untuk menjadi ahli. Bagi memudahkan urusan Persatuan telah membuka Pejabat urusannya di Sarawak dan di Sabah, sila hubungi wakil yang dilantik untuk mendapatkan maklumat lanjut atau hubungi Ibu Pejabat di Seberang Jaya.
Bagi mereka yang berada di Johor, dikatakan ramai yang berminat nak jadi ahli tapi tak tahu nak buat macam mana !! Jangan risau... mudah aja.... jumpa wakil yang berada di Johor tu dan daftarlah dengannya. Dah jadi ahli ..... baru tahu ada banyak faedahnya ......
Tunggu apa lagi ? Jom kita jadi ahli .......


